Monday, November 14, 2011

rindu didalam diam

tatkala mata melabuhkan tirai
kau hadir menghampiri diri
kau renung melihat aku

aku menyembunyikan kata
aku membatukan diri
namun perlahan kau hampiri

kau singkap tirai hati
kau telah hancurkan batu
yang menjadi dinding
yang sukar ditembusi

kau datang tanpa kata
kau pergi juga tanpa kata
biarkan ak sendiri
yang sukar untuk berdiri sendiri

ku ingin kau tau
walaupun mulut ku membisu
suara ku kaku
tetapi hatiku menyatakan
aku rindu padamu

Saturday, November 12, 2011

WARKAH BUATMU SAHABAT

hidup memang penuh onak dan ranjau,
aku masih berdiri kerana adanya kau wahai sahabat,
ak masih melangkah kerana adanya kau wahai sahabat,
ak masih berusaha kerana adanya kau wahai sahabat,

namun aku sedar bukan selalunye panas sampai ke petang,
bukan selalu kau sentiasa ad di sisi ku,
mungkin kau pun akan ada masalah juga,
kau pun manusia biasa yang memerlukan maa untuk diri sendiri,
namun kau perlu tahu bahawa kau merupakan sahabat aku,
dan selamanya sahabat aku,

kenapa kau pergi??
kenapa kau tinggalkan sahabat kau ini,
aku pernah buat salah ke?
aku memerlukan sahabat tp kau pergi meninggalkan aku,
tapi tak mengapa hidup xselalunya kt atas,
kau memerlukan sahabat yang lebih baik,
kau xmemerlukan sahabat seperti aku,
yang hanya tahu kepentingan diri,

dan kini ak keseorangan tanpa sahabat,
dulu aku pernah hidup begini,
aku juga udah merasa hidup bersahabat,
dan kini kembali berseorangan,

sahabat,
biar ak ungkapkan sesuatu,
coretan ini bukan sengaja aku tulis buat hiburan,
tetapi merupakan satu bingkisan yang tidak terlahir dari bibir.